Sembahyang Hajat dan Bacaan Ya-sin

Arkib Masjid
Satu majlis bacaan sembahyang hajat dan bacaan Ya-Sin telah dilaksanakan di Masjid Bandar Tumpat pada 11/10/2009. Majlis ini adalah anjuran bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Majlis memohon keselamatan dan kesihatan kepada KDYMM Al Sultan Kelantan yang sedang gering. Majlis sembahyang hajat diimani oleh Imam Tua dan bacaan Ya-sin oleh Imam Muda.
Jemaah dan rakyat mukim turut hadir dalam majlis ini bagi merestui atas kesihatan tuanku.

Para hadirin disajikan dengan jamuan nasi bagi tanda ucapan terima kasih. Majlis bermula selepas solat Isya dan berakhir pada 9.30 malam. Turut hadir di majlis ini ialah

Program Membina Generasi Solat

Program Membina Generasi Solat merupakan kesinambungan daripada program bulat solat anjuran kerajaan Negri Kelantan. Program ini dibuka kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 7 tahun. Mereka akan diajar cara dan kaedah solat yang betul dari semua aspek sembayang bermula dari membersih diri hingga ke bacaan wirid selepas sembahyang. Program yang berlangsung selama 10 hari ini dibuka kepada semua anak-anak qoriah Masjid Bandar Tumpat. Jumlah peserta dihadkan seramai 40 orang sahaja.

Pada hari pendaftaran seramai 43 orang kanak-kanak telah mendaftarkan diri. Sambutan program ini agak memberansangkan. Pihak pendaftar terpaksa menghadkan kanak-kanak ini kepada 45 orang sahaja kerana bimbang kaulitinya tidak cemerlang kerana tenag pengajar tidak mencukupi.
Jadual pembelajaran mereka bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Selama 2 jam kanak-kanak ini berada bersama tuan iman dan seorang pembantu. Mereka akan diasuh dan mempraktikkan cara sembahyang yang betul.
Program ini bermula pada 21/11/2009 dan dijangka berakhir pada 9/12/2009 keran memberi cuti hari Raya AidilAdha kepada kanak-kanak yang terlibat.

AHLI JAWATANKUASA

Masjid Ismaili Bandar Tumpat dengan keluasan tanah 5276 meter persegi dengan keluasan bangunan ialah 2298.843 meter persegi di tadbir sepenuhnya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

BELAJAR AL-QURAN

Majlis Belajar Al Quran

Majlis ini dibuka pada awal tahun ini. Ahlinya terdiri daripada orang-orang dewasa yang berminat mempelajari dan mendalami pembacaan al-quran. Majlis Belajar Al Quran ini adalah inisiatif Imam Muda masjid Al Fadhil Ustaz Faizol.

Majlis Belajar Al Quran pada peringkat awalnya terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 adalah untuk meraka yang telah dapat membaca al-quran dan hanya memerlukan sedikit teguran daripada Tuan Imam. Kelas ini dimulai selepas solat Isyak pada setiap malam Sabtu dan Rabu. Manakala kelas kedua adalah untuk pelajar dewasa juga yang berjinak-jinak dengan pembacaan al quran. Mereka bermulakan dengan membaca Ikraq dan mengeja.

Namun begitu kelas ini telah digabung memandangkan kekurangan ahli dari kelas 1 dan mereka belajar pada setiap malam Selasa dan Jumaat selepas waktu Isyak.

Kelas ini masih dibuka kepada umum yang berminat untuk medalami al quran. Tiada bayaran dikenakan. Hanyalah sedikit jariah sebagai minum kopi setiap hari selepas waktu belajar saja.

JADUAL BERTUGAS

JADUAL GILIRAN BERTUGAS IMAM MASJID ISMAILI BANDAR TUMPAT

(Hari Ahad – Khamis) (PEJABAT DIBUKA)


Hari

5.30am-7.00am
(Solat Subuh)
8.30am-1.30pm
(pejabat & Solat Zohor)
3.30pm-5.00pm
(pejabat & Solat Asar)
6.30pm-9.00pm
(Solat Maghrib-Isyak)


Catatan

Ahad


IT

IT

IT



IT


Cuti Mingguan IM

Isnin



IT

IT

IM

IM


Selasa

IT


IT

IM

IM


Rabu

IM


IM


IM


IM

Cuti Mingguan IT

Khamis


IM


IM


IM


IM

Cuti Mingguan IT


Hari Jumaat ( PEJABAT DITUTUP)




5.30am-7.00am
(Solat Subuh)
11.30am-2.30pm
(Solat Jumaat)
4.00pm-5.00pm (Solat Asar)
6.30pm-9.00pm
(Maghrib-Isyak)

Catatan

Jumaat


IM

IT & IM

IT

IT





Hari Sabtu ( PEJABAT DITUTUP)




5.30am-7.00am
(Solat Subuh)
1.00am-2.00pm
(Solat Zohor)
4.00pm-5.00pm (Solat Asar)
6.30pm-9.00pm
(Maghrib-Isyak)

Catatan




Sabtu


IT


IT


IT


IT

Cuti Mingguan IM


IT – IMAM TUA (USTAZ ROSLI) IM – IMAM MUDA ( USTAZ MOHD FAIZOL)

SEJARAH MASJID

Masjid Bandar Tumpat atau dikenali juga Masjid Ismaili terletak di tengah pekan Tumpat. Masjid ini yang berdepan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dan berhampirn dengan Pasar Besar Tumpat. Di kiri masjid pula terletaknya stesyen bas dan teksi merupakan penyambung destinasi anda.

Masjid yang dibina seawal tahun 1900 masehi masih megah berdiri setelah mengalami beberapa kali perubahan. Masjid yang dibina atas niat yang suci dan ikhlas oleh penduduk setempat tetap bersemarak walau pun lebih seabad usianya. Masjid yang dibina bagi memudahkan orang Islam menjalani segala aktiviti mereka, kerana sewaktu itu belum lagi wujud dewan orang ramai atau kemudahan-kemudahan lain. Pelbagai cerita tentang sejarah penubuhannya. Namun rata-rata tidak dapat memberi satu tarikh yang tepat bilakah masjid ini dibina. Walau bagaimana pun dari beberapa sumber yang boleh dipercayai keesahannya masjid ini dibina lebih awal dari Masjid Kampung Laut.

Nama asal masjid ini ialah Masjid Tumpat. Setelah beberapa dekad pembinaannya ia mengalami beberapa perubahan. Perubahan-perubahan yang berlaku dengan mengambil kira struktur, pembesaran tapak, dan paling utama adalah untuk menampung populasi penduduk. Masjid ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan dan diberi nama sempena nama baginda Sultan Ismail.
Tapak asal yang berpaya dan mengalami pasang surut air laut mempengaruhi asas binaannya. Bentuk asal bertiang tinggi, mempunyai 5 anak tangga. Tangga asal di sebelah hulu dan hilir masjid selain di belakang. Bangunan masjid ini dapat memuatkan 100 orang jemaah. Peluasan tapak dan ruang ibadat telah melalui beberapa peringkat. Perubahan pertama pada tahun 1923, merangkumi merendahkan tiangnya dan bilang anak tangga daripada 5 kepada 3 bilah anak tangga. Kemajuan ini dibuat setelah tapaknya ditimbus dengan menggunakan sampah dan pasir bagi menutupi paya dan alur sungai yang merentangi dari Kampung Tanjung Che Mas ke Padang Keretapi Tumpat. Kesan peninggalan ini masih dapat dilihat berhampiran rumah tangki keretapi Tumpat. Kemudian dalam sekitar tahun 1968. Perubahan daripada kayu kepada bangunan batu. Bahan binaan asal (kayu)selain digunakan sebagai bahan sokong pembinaan, ia diguna juga bagi mendirikan sebuah sekolah PASTI dalam kawasan masjid. Seawal tahun 1970 masjid baru dapat diguna sepenuhnya.

Perubahan terakhir masjid ini ialah dalam tahun 1980 an seolah-olah mencantumkan dua buah masjid seperti yang ada sekarang. Masjid Ismaili Bandar Tumpat setelah melalui beberapa renuvasi dapat menampung 1500 jemaah. Kampung-kampung yang berada di bawah Permukiman Masjid Isamili adalah; Bandar Tumpat, Tanjung Kuala, Kampung Kelong, Kampung Besut, Kampung Pak Jah, Kampung Kepala Batas, dan Kampung Dalam Rhu. Tanah Perkuburan ialah Kubur Dato' Dalam Rhu.

Perubahan demi perubahan tetap akan berlaku selagi manusia masih wujud di muka bumi Allah ini. Mutakir ini proses pengambilan tanah bagi meluas kawasan masjid dan mencantikkan persekitarannya merangkumi kawasan luaran dan dekorsi dalaman. Sehubungan itu muslimin dan muslimat minta menghulurkan sumbangan dan derma bagi pembiayaan projek ini. Dermalah untuk bekalan akhirat anda!

Album 2009


Gambar-gambar sepanjang tahun 2009