BELAJAR AL-QURAN

Majlis Belajar Al Quran

Majlis ini dibuka pada awal tahun ini. Ahlinya terdiri daripada orang-orang dewasa yang berminat mempelajari dan mendalami pembacaan al-quran. Majlis Belajar Al Quran ini adalah inisiatif Imam Muda masjid Al Fadhil Ustaz Faizol.

Majlis Belajar Al Quran pada peringkat awalnya terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 adalah untuk meraka yang telah dapat membaca al-quran dan hanya memerlukan sedikit teguran daripada Tuan Imam. Kelas ini dimulai selepas solat Isyak pada setiap malam Sabtu dan Rabu. Manakala kelas kedua adalah untuk pelajar dewasa juga yang berjinak-jinak dengan pembacaan al quran. Mereka bermulakan dengan membaca Ikraq dan mengeja.

Namun begitu kelas ini telah digabung memandangkan kekurangan ahli dari kelas 1 dan mereka belajar pada setiap malam Selasa dan Jumaat selepas waktu Isyak.

Kelas ini masih dibuka kepada umum yang berminat untuk medalami al quran. Tiada bayaran dikenakan. Hanyalah sedikit jariah sebagai minum kopi setiap hari selepas waktu belajar saja.

0 comments: